SAMT SSAAS 'asah habis' ketajaman penyudah

SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sudah bersedia berdepan cabaran SMK Jalan Tiga di pentas suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15.
SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sudah bersedia berdepan cabaran SMK Jalan Tiga di pentas suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15.
A
A
A

KETUMPULAN penyudah jentera serangan Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) ketika menjinakkan SMK Telok Panglima Garang, 2-0 dalam aksi Pusingan Kedua Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) menimbulkan persoalan persediaan mengharungi fasa suku akhir.

SAMT SSAAS kendalian Muhammad Danish Hasif sebelum itu menghantar pulang SMK Telok Panglima Garang, bagi menempah slot suku akhir berdepan SMK Jalan Tiga, yang berpangkalan di Bandar Baru Bangi pada Rabu.

Ketika ditanya persoalan tersebut Muhammad Danish berkata: “Perkara itu tidak menjadi isu yang besar selagi kita mampu mencipta gol kemenangan untuk pasukan.

“Ketangkasan pertahanan lawan tidak dinafikan mungkin menjadi faktor kepada ketumpulan serangan kami. Namun kami tetap mampu mencipta dua gol seterusnya memenangi perlawanan.

“Bagi saya itu sudah cukup membuktikan yang pasukan kami masih mampu mencari ruang dan mencipta peluang di sebalik tekanan serta kesukaran dihadirkan bahagian pertahanan SMK Telok Panglima Garang.

“Ia juga menjadi kayu ukur kepada prestasi permainan anak buah saya. Biarpun begitu pasukan akan mempertajamkan jentera penyudah supaya lebih efektif selepas ini.”

No Image Caption

Sebagai rekod, SAMT SSAAS membuka kempen kumpulan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 dengan menang besar 3-0 ke atas SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, seri 1-1 SMK Sri Permata, sebelum membelasah 4-0 SMK Seri Garing bagi mengungguli Kumpulan G.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, SAMT SSAAS akan berdepan SMK Jalan Tiga di Padang B Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, Shah Alam.

Pengetua SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Azhar Sarif, antara tulang belakang skuad bola sepak B-15 sekolah untuk Piala Datuk Mokhtar Dahari kali ini.
Pengetua SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Azhar Sarif, antara tulang belakang skuad bola sepak B-15 sekolah untuk Piala Datuk Mokhtar Dahari kali ini.

Sementara itu, pengurus skuad B-15 SAMT SSAAS, Amir Hatin Asmali Jauhari menyifatkan kejayaan mara ke pentas lapan terbaik sebagai sesuatu yang membanggakan kali ini.

“Alhamdulillah layak ke kelompok lapan terbaik sudah membuktikan pasukan kami mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pasukan hebat lain.

“Semua ini mampu direalisasikan dengan sokongan kuat tuan pengetua dan penolong kanan kokurikulum serta barisan guru dan ibu bapa yang turut sama menyumbang masa serta bantuan.

“Tidak lupa buat penaja pasukan kami Ustaz Laundry dan AAA Falah Farm yang banyak menaja perbelanjaan pasukan.”

Ditanya mengenai SMK Jalan Tiga, Amir Hatin berkata: “Soal berjumpa dengan siapa pada pusingan seterusnya sudah tidak menjadi kegusaran buat kami.

“Kami di barisan kejurulatihan sangat optimis dan yakin dengan kemampuan pemain-pemain SAMT SSAAS, berharap mampu mencipta magis yang seterusnya melayakkan pasukan ke separuh akhir.

“Biarpun begitu, kami tidak akan memandang rendah SMK Jalan Tiga dan telah melakukan persiapan rapi berdepan mereka."

Kejohanan pembangunan B-15 edisi 2024 dibarakan dengan penajaan daripada Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) manakala Sinar Harian sebagai media rasmi.

PIALA DATUK MOKHTAR DAHARI B-15

SUKU AKHIR

RABU (4 DISEMBER)

SMK Tinggi Kajang lwn SMK USJ 23

(Padang A Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, 3 petang)

Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah lwn SMK Jalan 3

(Padang B Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 28, 3 petang)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!