Kemaraan Young Tigers disekat India di separuh akhir Piala Remaja Asia 2024
IMPIAN skuad hoki remaja negara ke perlawanan akhir Piala Remaja Asia 2024 tersekat apabila tewas 1-3 kepada penyandang juara, India dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Oman Al Marat, Muscat pada Selasa.
The Young Tigers bimbingan yang sebelum itu tewas kepada Pakistan 1-4 dalam terakhir Kumpulan B tampil ke separuh akhir dengan status naib juara bermula garang.
Biarpun begitu kelicikan India menyaksikan penyerang Dilraj Singh meletakkan pasukannya memimpin permainan dengan gol padang minit ke-10 untuk mendahului separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, India yang juga juara Kumpulan A meningkatkan tekanan menerusi dua gol dijelmakan hasil pukulan sudut penalti Rohit minit ke-45 diikuti Sharda Nand Tiwari (m-53) untuk melebarkan jaringan.
Young Tigers yang tidak mengalah kembali merapatkan defisit apabila penalti stroke Azimuddin Syakir Kamaruddin minit ke-57 menggegarkan jaring skuad bimbingan PR Sreejesh berkenaan.
Keputusan itu menyaksikan Young Tigers akan berdepan Jepun dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat selepas negara mata hari terbit tersebut tewas 2-4 kepada Pakistan dalam satu aksi separuh akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!