Nasib baik tak kalah - TMJ
"TIDAK bernasib baik. Hanya memerhatikan bola, kesilapan bodoh. Satu mata, nasib baik tak kalah...
Itu nada kecewa pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menyaksikan persembahan Harimau Selatan apabila sekadar meraih keputusan seri tanpa jaringan dalam misi wajib menang ketika melayan kunjungan kelab Thailand, Buriram United pada Selasa.
"Apa-apa pun, saya ambil tanggungjawab sepenuhnya dan saya pun kenal pasti apa yang perlu saya, jurulatih (Hector Bidoglio) dan kelab buat untuk memperbaik pasukan ini.
"Terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua, saya amat menghargainya," tulis Tunku Ismail di laman Instagramnya.
Harimau Selatan dan Thunder Castle sebelum itu terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 pada aksi Kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Perlawanan berintensiti tinggi yang melibatkan dua kelab terbaik Asia Tenggara itu turut juga dicemari dengan tiga layangan kad merah pengadil dari Arab Saudi, Khalid Saleh Alturais.
JDT dan Buriram terpaksa bermain dengan 10 pemain bermula dengan Harimau Selatan kehilangan Murilo Henrique (m-13) selepas pemain pertahanan berusia 28 tahun asal Brazil itu mengasari mengasari Dion Cools.
Bekas bintang kelab Finland, SJK Seinajoki itu awalnya dilayangkan kad kuning awal, namun dibatalkan kemudiannya digantikan kad merah setelah semakan video bantuan pengadil (VAR).
Buriram pula selepas itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Theerathon Bunmathan juga menerima arahan keluar padang minit ke-45.
Theerathon dilayangkan kad merah Khalid Saleh selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran dilakukan pemain berusia 34 tahun itu terhadap tonggak lincah Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi
Ketika aksi memasuki minit ke-44 giliran Buriram United pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Khalid Saleh yang menyemak VAR mengesan terdapat kekasaran dilakukan Theerathon terhadap Arif Aiman.
Separuh masa kedua, ketika kedua-dua kelab terbaik Asia itu berusaha mencari jaringan masing-masing, Harimau Selatan sekali kehilangan khidmat seorang pemain pertahanan dari Korea Selatan, Park Jun-heong masa kecederaan apabila dilayangkan kad merah (m-92).
Keputusan seri menyaksikan JDT dan Buriram mengumpul lapan mata selepas masing-masing mengharungi enam perlawanan Kumpulan Zon Timur.
Harimau Selatan mempunyai dua baki perlawanan iaitu menentang kelab Australia, Central Coast Mariners (11 Februari) dan kelab Korea Selatan, Pohang Steelers (18 Februari).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!