Kakak sulung Menteri Besar Kelantan meninggal dunia
PASIR MAS - Kakak sulung kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud meninggal dunia di sini pada Selasa.
Mohd Nassuruddin berkongsi khabar kematian kakaknya, Nik Aishah itu pada jam 3 petang.
“ALLAH lebih menyayangimu, kak.
“Khabar yang memilukan buat kami sekeluarga. Kekanda Sulong ambo, Nik Aishah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.
“Semoga ALLAH merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman,” kata beliau dalam satu hantaran status di laman Facebook rasminya pada Selasa.
Allahyarham dikhabarkan meninggal dunia di Hospital Lati di sini akibat penyakit buah pinggang.
Mohd Nassuruddin ketika ini meredah hujan dan banjir di daerah itu bagi mengagihkan bantuan makanan serta kelengkapan kepada penduduk terjejas.
Beliau turut mengemudi sendiri bot untuk membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara selain memantau keadaan mangsa yang berada di kediaman mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!