Tengku Mahkota Kelantan cemar duli lawat mangsa banjir
PASIR MAS - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Ugama Arab Ismailiah Binjai Manis, Pohon Buloh di sini pada petang Selasa.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Selain itu, Tengku Mahkota juga berkenan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan bencana tersebut.
Sementara itu, Mohd Nassuruddin menzahirkan ucapan junjung kasih diatas keprihatinan baginda.
Katanya, keberangkatan Tengku Mahkota memberi sinar kepada rakyat untuk terus tabah mengharungi ujian tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!