Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat terus ambil langkah waspada
KUALA LUMPUR - Keadaan di Korea Selatan telah kembali pulih sepenuhnya dengan penguatkuasaan undang-undang tentera kini ditarik balik di seluruh negara.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau sedang berada di negara itu agar terus mengambil langkah keselamatan biasa dan kekal berwaspada.
"Orang ramai juga digalakkan untuk mengikuti panduan serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan masing-masing.
"Sebagai langkah proaktif, rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan disarankan untuk mendaftar kehadiran mereka melalui sistem E-Konsular bagi memudahkan pemberian bantuan sekiranya diperlukan.
Sebarang bantuan yang diperlukan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di No 129, Dokseodang-ro, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, Republik Korea.
Pejabat Kedutaan Malaysia juga boleh dihubungi melalui nombor telefon +82-2-2077 8600 (Talian Umum) dan +82-2-794 5488 atau dengan mengirim e-mel ke mwseoul@kln.gov.my. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!