Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'

Panik selepas didakwa terlibat dengan pengubahsuaian meter elektrik, seorang guru kerugian RM198,550 selepas ditipu sindiket 'phone scam'.
Panik selepas didakwa terlibat dengan pengubahsuaian meter elektrik, seorang guru kerugian RM198,550 selepas ditipu sindiket 'phone scam'.
A
A
A

MUAR - Akibat panik selepas didakwa terlibat dengan pengubahsuaian meter elektrik, seorang guru kerugian RM198,550 selepas ditipu sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki berusia 54 tahun itu telah menerima panggilan pada 24 November lalu daripada seorang individu mendakwa wakil TNB.

"Mangsa diberitahu terlibat dengan pengubahsuaian meter elektrik dan terdapat waran tangkap.

"Panggilan itu seterusnya disambungkan pula kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis dan menyatakan mangsa juga terlibat dengan pengubahan wang haram," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Raiz Mukhliz, bagi membuktikan mangsa tidak melakukan kesalahan tersebut, suspek telah meminta mangsa membuat bayaran.

"Disebabkan takut dan percaya dengan kata-kata suspek, mangsa telah membuat 19 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM198,550.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seskyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!