Presiden Korea Selatan tarik balik perintah undang-undang tentera
SEOUL- Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada awal Rabu menarik balik undang-undang tentera yang beliau isytiharkan sebelum ini.
Pengisytiharan undang-undang tentera itu secara rasmi ditarik balik pada pukul 4.30 pagi waktu tempatan dalam satu mesyuarat Kabinet.
Presiden Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera pada lewat Selasa, sambil berikrar untuk menghapuskan pihak 'antipemerintah' sedang beliau bergelut dengan pihak pembangkang yang mengawal Parlimen dan dituduh menyokong pasukan komunis Korea Utara.
Kurang tiga jam kemudian, Parlimen negara bertindak dengan Speaker Dewan Negara, Woon Won Shik mengisytiharkan bahawa undang-undang tentera itu 'tidak sah'.
Kim Byung Joo, penggubal undang-undang di Parti Demokratik mengkritik tindakan Yoon yang dianggap sebagai 'melulu' dan 'tidak masuk akal'.
Ketua Parti Demokratik yang liberal, Lee Jae-myung yang mempunyai majoriti dalam parlimen berkata, pihak penggubal undang-undang parti tersebut akan terus berada di dewan utama bangunan parlimen sehingga Yoon secara rasmi menarik balik keadaan darurat. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!