Peniaga teh dihina depan khalayak, pendakwah mohon maaf
JAKARTA - Seorang pendakwah yang mencetuskan kontroversi berhubung dakwaan mengeluarkan ucapan kesat dan hinaan kepada seorang peniaga teh tampil memohon maaf.
Pendakwaah yang dikenali sebagai Miftah Maulana Habiburrahman menjelaskan bahawa beliau hanya mahu 'bergurau' ketika mengungkapkan perkataan itu kerana sudah terbiasa bersikap sedemikian.
"Saya Maulana Habiburrahman mahu menjelaskan tentang video yang tular hari ini, yang pertama dengan kerendahan hati, saya meminta maaf atas kekhilafan saya," katanya menerusi satu hantaran pada Rabu.
Sebelum itu tular sebuah klip video berhubung dakwaan cercaan berkenaan.
Miftah Maulana atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah dalam klip itu kelihatan menghina peniaga teh yang kebetulan menjual air minumannya itu semasa pendakwah berkenaan berada di sebuah pentas dalam satu program.
"Air teh mu masih banyak tak? Masih? ya di sana jual, jual dulu, nanti kalau masih belum laku, ia sudah takdir," demikian kata Miftah menerusi hantaran video yang tular tersebut.
Klip itu menerima pelbagai reaksi daripada warga Indonesia yang ternyata turut tersinggung dengan cercaan tersebut.
Sementara itu, peniaga teh itu kini mendapat pelbagai 'rezeki' di mana ada tawaran daripada pelbagai pihak yang mahu menaja dia untuk menunaikan umrah. -Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!