Hamidin bakal tinggalkan FAM
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam kongres badan induk itu pada Februari tahun depan.
Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memberikan ruang kepada pemimpin baharu menerajui FAM.
"Saya ingin memaklumkan saya tidak akan mempertahankan jawatan dalam pemilihan akan datang bagi memberi peluang kepada ahli gabungan memilih calon baharu.
"Saya dah enam tahun (menjadi presiden FAM) dan ini masa yang terbaik untuk individu lain memacu FAM," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ke-13 di Wisma FAM pada Rabu.
Hamidin yang juga Presiden FAM ketujuh telah dilantik pada 2018 lalu.
Hamidin menang tanpa bertanding pada kongres FAM ke-57 menyaksikan beliau kekal sebagai presiden untuk penggal 2021-2025.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!