Remaja maut ditikam dipercayai ada hubungan dengan isteri orang

Remaja lelaki warga Myanmar yang disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang maut ditikam dalam kejadian di belakang sebuah pasar raya di Taman Klang Utama, di sini Ahad lalu. - Gambar hiasan, gambar kecil: Vijaya Rao
Remaja lelaki warga Myanmar yang disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang maut ditikam dalam kejadian di belakang sebuah pasar raya di Taman Klang Utama, di sini Ahad lalu. - Gambar hiasan, gambar kecil: Vijaya Rao
A
A
A

KLANG - Remaja lelaki warga Myanmar berusia 16 tahun yang disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang maut ditikam dalam kejadian di belakang sebuah pasar raya di Taman Klang Utama, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian terbabit selepas menerima panggilan MERS999 kira-kira jam 11 malam.

"Sepasukan polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang berada dalam keadaan cedera parah telah meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati terdapat lebih 20 kesan tikaman di bahagian badan dan leher mangsa," katanya pada Rabu.

Menurutnya, berikutan itu, polis telah menahan lima lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun di sekitar Klang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai cemburu kerana mangsa mengenali isteri salah seorang suspek yang bekerja di tempat sama

"Beberapa barang kes telah dirampas antaranya basikal yang digunakan mangsa serta telefon bimbit suspek.

"Kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga 9 Disember untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!