Saarani maafkan Razman, nasihat jangan celupar

Saarani (tengah) ketika menyaksikan pertukaran MoU di antara Tourism Perak Management Berhad dengan Rimba Adventures Sdn Bhd bagi penganjuran di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.
Saarani (tengah) ketika menyaksikan pertukaran MoU di antara Tourism Perak Management Berhad dengan Rimba Adventures Sdn Bhd bagi penganjuran di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerima permohonan maaf Ketua Pembangkang, Razman Zakaria berhubung ucapan menyinggung perasaan dalam satu ucapan di Dataran Menara Condong Teluk Intan baru-baru ini.

Menurut Saarani, sebagai pemimpin politik setiap ucapan perlu dibuat secara berhati-hati kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak.

"Orang buat kesilapan, dia minta maaf, bermakna betullah dia buat silap. Tapi sebagai manusia, takkan kita nak marah balik, kita terimalah permohonan maaf itu.

"Tapi damage has been done. Jadi semua orang kena ingat, kita tak boleh celupar sangat mulut kita. Sebab bila kita celupar, kita terlepas cakap, dia merosakkan dan meremukkan hati ramai orang, ini orang politik semua kena ingat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Tourism Perak Management Berhad dengan Rimba Adventures Sdn Bhd bagi penganjuran di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak tampil memohon maaf terhadap susulan ucapannya dalam satu himpunan di Dataran Menara Condong baru-baru ini.

Permohonan maaf itu dibuat di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ketika membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025.

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025 pada 29 November lalu, Saarani meluahkan rasa terkilan dengan pihak tertentu yang memberi gelaran biadab dan menghina pentadbiran kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pelbagai kejayaan dikecapi kerajaan negeri selama ini tidak dipandang sebagai suatu pencapaian yang membanggakan.

Sebaliknya beliau berkata, mereka seboleh-bolehnya cuba menutup kejayaan dikecapi dengan kebencian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!