Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tiga negeri iaitu di Perak, Selangor dan Sarawak, hingga lewat petang ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tiga negeri iaitu di Perak, Selangor dan Sarawak, hingga lewat petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan jangkaan termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!