Jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 56,514

Keadaan banjir di Terengganu - Gambar file Bernama
Keadaan banjir di Terengganu - Gambar file Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Keadaan banjir di seluruh negara menunjukkan penurunan apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri berkurang kepada 56,514 setakat 5.30 petang berbanding 63,069 pada 12 tengah hari tadi.

Tujuh negeri itu termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Perak dan Pahang.

Di Kelantan, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir turun kepada 38,136 orang di 93 PPS membabitkan empat jajahan.

Jajahan Tumpat merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 19,913 orang di 46 PPS diikuti Pasir Mas 17,779 orang di 44 PPS, Kota Bharu 403 orang (satu PPS) dan Bachok 41 orang (dua PPS).

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir mencatatkan pengurangan kepada 10,264 orang dan Kuala Nerus menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah 3,768 mangsa di 15 PPS bagi kawasan itu.

Ia diikuti Dungun 3,212 orang (18 PPS), Kuala Terengganu, 3,137 orang (12 PPS), Setiu, 90 orang (dua PPS), Marang, 50 orang, Kemaman empat orang dan Hulu Terengganu tiga orang dengan masing-masing mempunyai satu PPS.

Jumlah mangsa banjir di Kedah pula ialah 5,751 dan Kota Setar menjadi daerah paling terkesan dengan jumlah seramai 4,083 orang di 17 PPS, Kubang Pasu 1,240 orang (tujuh PPS) dan Pokok Sena 428 orang (tiga PPS).

Mangsa banjir di Johor juga turut menurun menjadikan jumlah terkini sebanyak 1,032 di dua daerah yang terkesan iaitu Segamat dengan 864 mangsa (16 PPS) dan Tangkak 168 mangsa (dua PPS).

Artikel Berkaitan:

Di Perak sebanyak 214 mangsa banjir melibatkan dua daerah termasuk di Kinta 144 mangsa di empat PPS manakala Perak Tengah 70 mangsa (dua PPS).

Di Melaka, jumlah mangsa banjir seramai 168 orang membabitkan daerah Jasin di dua PPS manakala jumlah mangsa banjir di Pahang ialah 67 orang dengan tiga daerah terlibat iaitu Bera mencatatkan 43 mangsa, Temerloh 12 mangsa dengan masing-masing mempunyai dua PPS manakala di Maran seramai 12 mangsa (satu PPS).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!