Kampung Sungai Betul terima manfaat Kampung Angkat Madani

Ahmad Zahid (dua dari kiri) menandatangani plak Majlis Penyempurnaan Program Kampung Angkat Madani KKDW 2024 pada Program Tautan Desa Madani KKDW Sempena Program KAM 2024 di SK Sungai Betul di sini, Ahad.
Ahmad Zahid (dua dari kiri) menandatangani plak Majlis Penyempurnaan Program Kampung Angkat Madani KKDW 2024 pada Program Tautan Desa Madani KKDW Sempena Program KAM 2024 di SK Sungai Betul di sini, Ahad.
A
A
A

BAGAN DATUK - Kampung Sungai Betul di sini menjadi Kampung Angkat Madani (KAM) pertama di negara ini yang berjaya menyempurnakan kesemua projek dirancang untuk dimanfaat penduduk.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kampung tersebut telah menerima pelbagai manfaat selepas dipilih sebagai KAM di bawah Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta melalui pelaksanaan pelbagai projek fi zikal dan bukan fi zikal.

“Kampung asal saya di Kampung Sungai Nipah Darat, Rungkup. Saya tidak memilih kampung saya untuk dibangunkan dengan peruntukan daripada Perdana Menteri. Saya memilih Kampung Sungai Betul untuk dimajukan dan diberikan peruntukan itu kerana saya Ahli Parlimen kepada seluruh Bagan Datuk.

Kerja menaiktaraf dan baik pulih dewan orang ramai di bawah program KAM Kampung Sungai Betul.
Kerja menaiktaraf dan baik pulih dewan orang ramai di bawah program KAM Kampung Sungai Betul.

“Setakat ini, mengikut rekod daripada seluruh kementerian yang ada dengan peruntukan sama tetapi yang lengkap menyiapkan projek ini hanya KKDW manakala kementerian lain sedang dalam proses untuk menyiapkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Tautan Desa Madani KKDW Sempena Program KAM 2024 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Betul di sini, pada Ahad.

Hadir sama pada program itu, Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, Mohd Kamal Husin; Pengarah Pejabat KKDW Perak, Khairul Ridzuan Mat Said; Pegawai Daerah Bagan Datuk, Muhamad Ghopran Yeop Hamzah; Orang Besar Jajahan Daerah Bagan Datuk, Datuk Dr Khalid Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Projek menaiktaraf Masjid Ismailiah Kampung Sungai Betul telah memberikan kemudahan kepada penduduk.
Projek menaiktaraf Masjid Ismailiah Kampung Sungai Betul telah memberikan kemudahan kepada penduduk.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengakui amat berpuas hati dengan pelaksanaan projek-projek fi zikal dan program bukan fi zikal di bawah KAM di Kampung Sungai Betul.

Projek-projek yang telah berjaya dilaksanakan termasuklah menaiktaraf pagar di Beting Beras Basah, naik taraf jalan perhubungan desa dari Kampung Bagan Sungai ke Beting Beras Basah dan menaiktaraf jalan ladang pertanian.

Selain itu Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Betul turut dinaiktaraf, diikuti naik taraf padang bola sepak SK Sungai Betu, naik taraf titi Sungai Balai dan titi Klinik Desa Sungai Balai, naik taraf Surau Idrisiah, naik taraf Masjid Ismailiah, baik pulih 25 buah rumah rakyat miskin dan pelaksanaan program komuniti seperti gotong-royong keceriaan kampung.

Kerja menaiktaraf dan baik pulih jalan ladang di bawah program KAM memberikan kemudahan kepada penduduk Kampung Sungai Betul.
Kerja menaiktaraf dan baik pulih jalan ladang di bawah program KAM memberikan kemudahan kepada penduduk Kampung Sungai Betul.

Penduduk nikmati pembangunan kampung

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Betul, Mad Saril Ahmad berkata, peruntukan yang diterima menerusi program KAM itu sangat memberi manfaat kepada penduduk untuk menikmati pembangunan kampung.

MAD SARIL
MAD SARIL

Menurutnya, beberapa kemudahan yang dibaikpulih seperti jalan ladang membantu memudahkan orang kampung mengeluarkan hasil pertanian berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah, peruntukan ini amat kami hargai kerana banyak kemudahan di kampung ini dapat dinaiktaraf dan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat.

“Aktiviti pelancongan di kawasan Beting Beras Basah juga semakin rancak selepas beberapa kemudahan dinaiktaraf di kawasan berkenaan. Saya berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan KKDW,” katanya.

ZALINA
ZALINA

Bagi seorang penduduk, Zalina Abas, 42, inisiatif kerajaan menerusi KAM membantunya dan beberapa penduduk kampung menambah pendapatan menerusi kehadiran pelancong di Beting Beras Basah.

Dia yang menjalankan perniagaan berhampiran lokasi tumpuan pelancong itu mengakui gembira dengan perubahan dibawa KKDW menerusi program KAM itu.

Katanya, naik taraf beberapa kemudahan lain seperti titi Klinik Desa dan ruang solat masjid sangat memberi erti kepada penduduk setempat.

Surau Idrisiah turut menerima manfaat daripada program KAM.
Surau Idrisiah turut menerima manfaat daripada program KAM.

INFOGRAFIK

Bil. Projek Fizikal

- Naik taraf jalan perhubungan desa Kampung Sungai Ular ke Beting Beras Basah

- Naik taraf jalan ladang pertanian Kampung Sungai Betul

- Naik taraf Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Betul

- Naik taraf padang bola sepak Kampung Sungai Betul

- Baik pulih titi Sungai Balai dan titi Klinik Desa Sungai Balai

- Naik taraf pagar di Beting Beras Basah

- Naik taraf Surau Idrisiah dan Masjid Ismailiah

- Baik pulih rumah rakyat miskin/B40

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!