Makan malam TMESA: Tiket saksikan Jamal Abdillah, Hattan hanya RM100

Majlis makan malam amal TMESA bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Hattan pada 14 Disember ini.
Majlis makan malam amal TMESA bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Hattan pada 14 Disember ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Persiapan majlis makan malam amal Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut Terengganu (TMESA) yang bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Hattan kini hampir selesai melebihi 80 peratus.

Presiden TMESA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, pihaknya berpuas hati dengan pelaksanaan program setakat ini kerana berjaya menjual hampir 80 meja makan malam hasil sokongan dan sumbangan penderma.

Muhammad Nasir. FOTO SINAR HARIAN
Muhammad Nasir. FOTO SINAR HARIAN

Menurut Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf itu, jualan tiket juga terbuka kepada orang awam yang ingin menyaksikan persembahan dua figura hebat secara langsung pada harga hanya RM100 seorang.

“Alhamdulillah berpuas hati dan kami jangka ada lagi yang ingin membeli meja, tetapi dalam masa sama TMESA juga buka peluang kepada orang ramai untuk beli tiket.

“Jika ingin membeli meja makan, kami jual dengan harga RM400 seorang. Namun, kalau menonton dari ruang galeri, hanya RM100 tetapi sekadar menonton tiada makan malam amal.

“Harga masih memadai kerana kami ingin beri peluang buat peminat Jamal dan Hattan untuk menonton dan menikmati persembahan bersama-sama sambil menderma,“ katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Acara tersebut bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 Disember ini.

Artikel Berkaitan:

TMESA menyasarkan kutipan RM1 juta bagi program berkenaan dan hasilnya akan digunakan bagi tujuan pelaksanaan kegiatan kebajikan, tajaan serta bantuan kepada pelajar yang memerlukan.

Muhammad Nasir memaklumkan, pihaknya yakin penganjuran kali ini mampu memberikan kepuasan maksimum memandangkan bakat Jamal dan Hattan sudah tidak perlu diragui lagi.

“Saya juga yakin semasa perbincangan terakhir bersama penganjur dan penyanyi semalam, kita akan hasilkan persembahan yang terbaik dengan pilihan lagu malar segar.

“Siapa yang hadir memang takkan rugi,“ ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!