Young Tigers dicabar Jepun akhiri penamat podium di Oman

Young Tigers akan berdepan satu lagi gergasi Asia, Jepun untuk penentuan ketiga keempat di Stadium Hoki Oman Al Marat, Muscat, Oman. Foto: Konfederasi Hoki Malaysia
Young Tigers akan berdepan satu lagi gergasi Asia, Jepun untuk penentuan ketiga keempat di Stadium Hoki Oman Al Marat, Muscat, Oman. Foto: Konfederasi Hoki Malaysia
A
A
A

KEPUTUSAN perlawanan penentuan tempat ketiga keempat Kejuaraan Hoki Piala Remaja Asia, The Young Tigers menentang Jepun disifatkan sebagai justifikasi skuad muda negara terhadap edisi ke-10 itu.

Malah, pengendali skuad remaja negara, I Vikneswaran menegaskan karakter pemain-pemain muda kebangsaan dihormati di sebalik kekalahan kepada pasukan gergasi Pakistan dan India dalam aksi kumpulan dan separuh akhir.

"Sejujurnya, pemain-pemain muda negara tidak gerun apabila berdepan dua gergasi hoki Asia ini.

"Kita pun tidak takut dengan pasukan Pakistan atau India, baik status juga gaya permainan mereka.

"Malah kedua-dua pasukan ini amat menghormati karakter-pemain muda Young Tigers," katanya selepas cabaran anak buahnya dihentikan penyandang juara India dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Oman Al Marat, Muscat pada Selasa.

Mengulas lanjut, Vikneswaran yang juga bekas pemain negara berkata, dalam kedua-dua perlawanan pemain berjaya mencipta peluang depan pintu gol pasukan lawan.

"Kita juga mendapat lebih banyak pukulan sudut penalti selain mengawal permainan. sepanjang temoph perlawanan.

"Namun yang membezakan pasukan negara dengan pasukan Pakistan serta India adalah peluang yang dicipta kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk jaringan."

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, perlawanan menentang Jepun merupakan pentas penting kepada pemain-pemain negara untuk kembali membuktikan sesuatu tidak hanya kepada diri, pasukan tetapi juga negara.

"Peluang kepada pemain-pemain Young Tigers berjuang habis-habisan untuk menjadi ketiga terbaik Asia, dengan menterjemahkan peluang serta percubaan dalam bentuk jaringan.

"Perlawanan penentuan ketiga keempat juga adalah aksi yang akan memperlihatkan kekuatan mental serta fizikal pemain kedua-dua pasukan.

"Bagi Young Tigers pula menentang Jepun juga bukan sekadar menentukan pasukan ketiga terbaik, tetapi untuk melihat keazaman tinggi pemain-pemain untuk bounce back more stronger selepas kekalahan kepada Pakistan dan India," katanya.

PIALA REMAJA ASIA

RABU

Penentuan Ketiga Keempat

Malaysia lwn Jepun

(Stdm Hoki Oman, Muscat)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!