Astro’s Big Thank You tanda hargai pelanggan

A
A
A

SHAH ALAM – Peneraju destinasi hiburan di Malaysia, Astro kini teruja untuk melancarkan kempen Astro’s Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan.

Kempen itu menawarkan lebih dari sekadar hiburan dengan menyediakan sehingga 17 saluran tambahan menarik, percuma naik taraf Ultra dan Ulti box, dan juga penebusan filem Astro First secara percuma untuk memberikan yang teristimewa kepada setiap isi rumah pelanggan Astro.

Hadiah menarik tersebut termasuklah sehingga 17 saluran tambahan yang merangkumi filem, drama, berita, hiburan dan kandungan kanak-kanak; kepada naik taraf Ultra dan Ulti box untuk pengalaman penstriman yang lebih baik dan penebusan filem pecah panggung blokbuster Astro First untuk tontonan terus di rumah anda.

Kesemua pelanggan boleh menikmati hadiah menarik ini secara percuma tanpa sebarang penambahan kos, untuk menyemak kelayakan tawaran Astro’s Big Thank You, anda hanya perlu muat turun dan log masuk ke My Astro App.

Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata, menerusi Astro Big Thank You, kempen ganjaran terbesarnya, Astro teruja untuk menzahirkan penghargaan dengan ganjaran khas dan tersendiri untuk meningkatkan pengalaman hiburan pelanggan.

“Kami meraikan pelanggan dengan menjemput anda untuk meneroka setiap dari apa yang kami berikan. Ini adalah cara kami berterima kasih atas setiap sokongan dan kesetiaan para pelanggan yang memilih Astro sebagai hab hiburan mereka,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, bagi menjadikan cuti sekolah lebih istimewa, kesemua pelanggan Astro akan menikmati saluran tambahan Home of Kids (Saluran 100), bermula 1 hingga 31 Disember 2024.

Artikel Berkaitan:

Menyajikan kandungan terpilih dari Astro Ceria, Nickelodeon, Nick Jr., Moonbug and DreamWorks, ia menawarkan kandungan menghiburkan tanpa henti untuk semua penonton cilik.

Saluran ini seiring dengan program Home of Kids yang bakal berlangsung pada 26 sehingga 29 Disember 2024 bertempat di IOI Convention Centre, Putrajaya ketika cuti sekolah.

Melalui semua inisiatif ini, Astro menzahirkan tanda penghargaan kepada semua pelanggan dengan memberikan komitmen dalam menyampaikan hiburan premium, mudah di akses untuk seluruh Malaysia.

Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma.

Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama dengan Pek Primary dengan hanya RM149.99/sebulan (RRP: RM239.99) untuk 24 bulan.

Nikmati hiburan terbaik, semua dalam satu tempat, untuk maklumat lanjut, log masuk di My Astro app, layari astro.com.my atau WhatsApp 03-9543 3838.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!