Ibu maut ditikam anak kandung

Seorang ibu maut dipercayai ditikam dengan pisau oleh anaknya dalam kejadian tragis.
Seorang ibu maut dipercayai ditikam dengan pisau oleh anaknya dalam kejadian tragis.
A
A
A

KLUANG - Seorang ibu maut dipercayai ditikam dengan pisau oleh anaknya dalam kejadian tragis di Felda Ayer Hitam di sini, pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 10.45 pagi.

Menurut beliau, laporan itu berkaitan penemuan seorang wanita berusia lingkungan 50-an terbaring tidak sedarkan dengan terdapat kesan tikaman di belakang bahagian badan mangsa.

"Pada jam 11 pagi, anggota polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 20-an di Felda Ayer Hitam.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajah Kalsom dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman di Mahkamah Majistret pada Khamis. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!