Penjual teh, jutawan tiada beza kecuali takwa kepada ALLAH - Dr Zulkifli

Dr Zulkifli
Dr Zulkifli
A
A
A

SHAH ALAM - Apa jua kedudukan seseorang sama ada penjual teh atau jutawan, tiada yang membezakan keduanya kecuali takwa kepada ALLAH SWT.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia kerana kedudukan umat Islam di sisi ALLAH SWT itu dinilai berdasarkan ketaqwaan mereka.

"Sekiranya dia bersumpah atas nama ALLAH untuk sesuatu perkara, ALLAH akan memenuhi sumpahnya.

"Sekiranya dia berdoa, pasti ALLAH makbulkan. Hal ini kerana keikhlasannya, kedudukan di sisi ALLAH dan amalan yang selari dengan keredaanNya," katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Selasa, tular sebuah video berhubung pendakwah yang didakwa mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan ucapan kesat dan hinaan kepada seorang peniaga teh.

Pendakwah yang dikenali sebagai Miftah Maulana Habiburrahman bagaimanapun tampil memohon maaf dan menjelaskan tindakan tersebut sekadar bergurau kerana sudah terbiasa bersikap sedemikian.

Tambah Dr Zulkifli, terdapat hadis menceritakan keadaan seseorang miskin dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana penampilannya tidak terurus serta kedudukannya yang rendah.

"Maksud madfu’ bi al-abwab dalam hadis di atas adalah dia sering dihalau di pintu-pintu kerana tiada kedudukan atau pengaruh di mata manusia.

Artikel Berkaitan:

"Namun, di sisi ALLAH SWT, dia memiliki kedudukan yang tinggi kerana ketakwaannya," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!