Kisah Zahnita, catatan duka kanvas wanita

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

NEGARA dikejutkan dengan pendedahan pelakon dan model, Zahnita Wilson, 39, yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya.

Difahamkan Zahnita sanggup bertahan melaluinya selama 20 tahun perkahwinan dan pasti dia ada sebab tersendiri mengapa memilih mendiamkan diri mengenai perkara itu.

Dalam banyak-banyak sebalik kisah rumah tangga artis Malaysia, insiden ini benar-benar tragis dan membuka mata banyak pihak.

Apa yang berlaku bukan sekadar kontroversi malahan ia melebihi daripada itu. Ia bukan kisah suami isteri yang biasa-biasa malahan ia adalah satu episod duka buat golongan wanita.

Mendiamkan kejahatan suami itu bukan bermakna si isteri itu lemah sebaliknya dia sangat kuat kerana mampu bertahan kerana pasti terselit di hujung hati agar suami kembali ke pangkal jalan atas apa pun alasannya.

Mungkin ramai wanita tidak berapa arif betapa pentingnya untuk tahu bila waktu yang tepat untuk mereka sedar dan perlu menghentikan penderaan emosi dan fizikal yang dilaluinya sama ada dilakukan oleh suami, mertua, ipar duai mahupun adik-beradik sendiri.

Kisah wanita dianiaya golongan lelaki bukan perkara baru berlaku dalam Masyarakat kita. Ambillah tahu Tindakan yang perlu diambil termasuk menyimpan bukti, mengambil gambar atau video kecederaan dan seterusnya segera membuat laporan polis.

Seterusnya, kecederaan yang dialami perlu segera dirawat dan laporan perubatan hospital atau klinik akan dikeluarkan. Wanita perlu tahu, ada kaunter khas di hospital atau klinik yang menguruskan kes penderaan.

Artikel Berkaitan:

Setelah mendapat rawatan pihak berwajib akan membantu untuk tindakan selanjutnya seperti perlindungan pihak berkuasa. Jangan bimbang, kebajikan wanita menjadi keutamaan.

Jadilah wanita kuat yang berilmu. Jangan jadi mangsa buli lelaki!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!