Diana Danielle tidak letak harapan

Walaupun sudah mengenggam trofi Pelakon Wanita Harapan, Diana tidak terburu-buru berharap untuk melengkapkan trofi.
Walaupun sudah mengenggam trofi Pelakon Wanita Harapan, Diana tidak terburu-buru berharap untuk melengkapkan trofi.
A
A
A

BIARPUN berada dalam senarai Top 5 kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33), aktres berdarah kacukan, Diana Danielle tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi kategori itu.

Walaupun pernah menggengam trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke–29, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, dia melihat ada aktres lain dalam kategori sama yang lebih layak mendapat pengiktirafan itu.

“Saya tidak ada harapan kerana bagi saya Imaginur sudah melimpah ruah rezekinya. Kalau industri beri penghargaan itu adalah bonus. Kalau tidak menang, kita boleh cuba lagi.

"Cuma secara peribadi, saya lihat ada pelakon yang lebih layak menerima trofi itu. Saya tidak mahu sebut namanya kerana tidak adil untuk pelakon lain yang tercalon.

"Jika benar dia memang, saya sangat gembira sebab usaha yang dia letak untuk karakter itu terlalu tinggi dan saya mahu dia menang," katanya.

Diana, 33, berkata demikian ketika ditemui pada Sesi Apresiasi Filem Imaginur sempena FFM33 telah berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, ditanya harapannya untuk filem Imaginur yang menerima pencalonan tertinggi pada FFM33 kali ini, Diana berkata, dia berharap filem arahan Nik Amir Mustapha berjaya menawan hati juri.

Sekadar info, filem Imaginur mendapat pencalonan tertinggi pada FFM33 dengan mendominasi 15 daripada 24 kategori yang dipertandingkan.

Artikel Berkaitan:

Ia termasuklah Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Harapan, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik, Poster Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Selain itu, filem itu turut membolosi kategori Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan FilemTerbaik.

Sementara itu, berkongsi perancangannya untuk tahun 2025 yang akan menjelang tidak lama lagi, ibu kepada sepasangan cahaya mata itu memberitahu akan mencuba cabang berbeza iaitu perniagaan tidak lama lagi.

Katanya, segala proses persiapan untuk melancarkan perniagaan itu masih giat dilakukan.

"Walaupun saya mahu cuba cabang berbeza, dunia lakonan tidak akan sesekali saya lupakan kerana ia berada di dua cabang berbeza.

"Insya-ALLAH segala persiapan sedang dilakukan dan pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!