‘Drama politik’ Korea Selatan persis filem aksi 24 jam

Orang ramai berkumpul di luar Bangunan Perhimpunan Kebangsaan di Seoul. Foto AFP
Orang ramai berkumpul di luar Bangunan Perhimpunan Kebangsaan di Seoul. Foto AFP
A
A
A

‘DRAMA politik’ di Korea Selatan persis seperti yang dilakonkan dalam filem-filem aksi dan perang.

Banyak plot-plot yang mencemaskan dan penuh kontroversi berlaku dalam tempoh hanya 24 jam!

Kisah bermula apabila Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera dan menuduh pembangkang melumpuhkan kerajaan dengan 'antipemerintah'.

Beliau ketika itu dilihat bergelut dengan pihak pembangkang yang mengawal Parlimen dan dituduh menyokong pasukan komunis Korea Utara.

Kurang tiga jam kemudian, Parlimen negara bertindak dengan Speaker Dewan Negara, Woon Won Shik mengisytiharkan bahawa undang-undang tentera itu 'tidak sah'.

Kim Byung Joo, penggubal undang-undang di Parti Demokratik mengkritik tindakan Yoon yang dianggap sebagai melulu dan tidak masuk akal.

Yoon kemudiannya menarik balik undang-undang tentera yang diisytiharkannya secara rasmi pada jam 4.30 pagi waktu tempatan dalam satu mesyuarat Kabinet. Apakah iktibar daripada ‘drama’ ini?

Yang pertama, menjadi pemimpin nombor satu negara perlu berani mengambil apa sahaja risiko bagi menghentikan polemik yang membabitkan isu kenegaraan dan pengkhianatan kepada negara.

Artikel Berkaitan:

Biarpun langkah yang diambil penuh risiko dan membahayakan pelbagai sudut, namun jika itu sahajalah perkara yang boleh diambil, maka lakukanlah ia dengan penuh berani.

Kedua, peranan pembangkang bukan sekadar membangkang. Politik di Korea Selatan agak ekstrem disebabkan pengaruh dan tekanan daripada Korea Utara yang berlaku berpuluh tahun lamanya.

Walaupun Tindakan Presiden Yoon di luar jangkaan, pengumuman itu dibuat dalam konteks perbalahan belanjawan yang lebih kukuh antara Yoon dan pembangkang Parti Demokrat.

Pembangkang mengurangkan kira-kira 4.1 trilion won (AS$2.8 bilion) daripada bajet 677 trilion won yang dicadangkan Presiden Yoon untuk tahun depan, mendorong presiden mengadu bahawa ‘semua belanjawan penting yang penting untuk fungsi teras negara’ dipotong.

Menurut bekas diplomat AS di Asia, Alan Yu, Yoon seorang pemimpin yang sangat tidak popular, tidak berkesan dan dia menghadapi kesukaran mendapatkan sebarang jenis sokongan orang ramai untuk apa sahaja yang cuba dilakukan.

Katanya, penggunaan undang-undang tentera terasa hampir seperti langkah terdesak untuk cuba keluar, kedua-dua dari segi politik dan dasar, tetapi ia kurang dimainkan di kedua-dua bidang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!