Pasangan pengasas FashionValet didakwa hari ini

Vivy dan Fadzarudin Shah yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah dan PNB tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam, 8.34 pagi Khamis. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
Vivy dan Fadzarudin Shah yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah dan PNB tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam, 8.34 pagi Khamis. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) tiba di Mahkamah Sesyen di sini, pada jam, 8.34 pagi Khamis.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Vivy atau nama penuhnya, Vivy Sofinas Yusof dan suaminya itu akan dituduh di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.

Tinjauan mendapati, pengamal media mula berkumpul bagi menanti ketibaan pasangan suami isteri itu, di lobi mahkamah.

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Pada 28 Oktober lalu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, Khazanah dan PNB sekadar memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023 berbanding pelaburan RM47 juta oleh Khazanah dan PNB pada 2018.

Dalam pada itu, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan FashionValet dan proses pelaburan kedua-dua syarikat berkenaan bagi memastikan tiada unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat beberapa transaksi mencurigakan dikesan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu, berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!