Penjawat awam rugi RM148,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM148,000 setelah ditipu pelaburan dalam talian tidak wujud. Gambar hiasan
Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM148,000 setelah ditipu pelaburan dalam talian tidak wujud. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penjawat awam berputih mata apabila kerugian RM148,000 setelah ditipu pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 46 tahun itu ditipu dengan tawaran pelaburan saham antara 20 Ogos hingga 24 Oktober lalu.

Menurutnya, pada 4 September lalu, mangsa telah berurusan dengan pihak menawarkan pelaburan melalui aplikasi mudah alih WhatsApp dan tidak pernah berjumpa, pergi ke pejabat serta tidak menerima sebarang dokumen berkenaan pelaburan tersebut.

"Mangsa telah memuat naik aplikasi 'P Trade' menerusi aplikasi Apps Store dan telah menyertai WhatsApps grup kelas pelaburan saham berkenaan dan pada 16 September lalu.

"Bermula 19 September hingga 24 Oktober lalu, mangsa telah mula menyertai pelaburan berkenaan dan membuat 28 transaksi bayaran modal pelaburan sebanyak RM138,000 ke dalam tiga akaun bank berbeza seperti diarahkan suspek,"katanya di sini pada Khamis.

Beliau berkata, semua nilai pelaburan mangsa direkodkan dalam aplikasi 'P Trade' itu sehinggalah jumlah keuntungan pelaburan diterima mencecah RM1,332,530.

"Mangsa cuba membuat pengeluaran wang keuntungan pelaburan yang disertai di mana hanya dapat menebus keuntungan pelaburan sebanyak RM3,400 sahaja.

"Pada 13 November lalu akaun pelaburan mangsa telah dibekukan dan dikenakan penalti sebanyak RM25,000, namun mangsa hanya membuat bayaran sebanyak RM10,000 dan baki lagi gagal dibuat olehnya.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, suspek masih meminta agar mangsa menambah lagi bayaran kos penalti sehingga kerugian RM148,000,"katanya.

Beliau berkata, mangsa yang merasakan dirinya ditipu telah tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 2.09 petang pada Rabu.

"Siasatan berhubung kes ini diteruskan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!