Polis giat kesan pemandu terlibat kes langgar lari

Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak berkenaan dibawa oleh seseorang dipercayai bapanya selepas insiden berkenaan. Foto media sosial
Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak berkenaan dibawa oleh seseorang dipercayai bapanya selepas insiden berkenaan. Foto media sosial
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis giat mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden langgar lari seorang pejalan kaki di susur Larkin Perdana 2 di sini, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian dipercayai sekitar jam 8 malam Rabu lalu melibatkan sebuah kereta dengan seorang kanak-kanak berusia enam tahun di lokasi.

“Sekitar jam 11.16 pagi Rabu, pihak polis Ibu Pejabat Polis di Daerah (IPD), Johor Bahru Selatan telah terkesan dengan satu rakaman video yang tular dari satu platform media sosial.

“Rakaman video tersebut menunjukkan berlaku satu kejadian melibatkan sebuah kereta jenis tidak pasti dengan seorang pejalan kaki yang merupakan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

“Siasatan polis mendapati kejadian dipercayai ketika kanak-kanak berkenaan bersama bapa saudaranya melintas jalan dan telah dilanggar oleh kereta terbabit," katanya.

Akibat pelanggaran tersebut, kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian tulang belikat kanan serta luka-luka di bahagian muka dan sedang menerima rawatan di Hopital Sultanah Aminah, di sini.

Katanya, bagaimanapun pemandu kereta yang terlibat disyaki telah melarikan diri setelah kemalangan itu berlaku.

Kes disiasat di bawah Peraturan 41 (Kaedah Lalu Lintas 166/59) iaitu pejalan kaki cuai melintas jalan.

Artikel Berkaitan:

Justeru, orang ramai yang melihat insiden berkenaan untuk tampil ke balai trafik Johor Bahru Selatan bagi memberikan keterangan atau berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim di talian 018-9614064.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!