RM8 juta setahun biaya program pencegahan HIV/AIDS - Dr Dzulkefly

Dari kiri, Dr Dzulkefly; isteri, Datin Seri Azlin Hezri; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri; Dr Adeeba; Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah; dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.
Dari kiri, Dr Dzulkefly; isteri, Datin Seri Azlin Hezri; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri; Dr Adeeba; Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah; dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan dana tambahan sebanyak RM1 juta bermula tahun hadapan bagi membiayai program pencegahan HIV/AIDS menerusi modaliti Differentiated HIV Services for Key Populations (DHSKP) di bawah kelolaan Yayasan AIDS Malaysia (MAF).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, geran tersebut akan digunakan untuk memperluaskan program berkenaan demi mengurangkan jangkitan baharu dan meningkatkan kualiti hidup mereka yang terjejas melalui pencegahan, saringan, dan perkhidmatan penjagaan yang ditawarkan di fasiliti penjagaan primer Kementerian di seluruh negara.

Menurutnya, inisiatif tersebut membuktikan komitmen kerajaan untuk bekerjasama dalam menangani AIDS, sebagai tanggungjawab bersama antara kerajaan, masyarakat sivil, dan pihak berkepentingan lain.

"Asas kejayaan kita adalah melalui kerjasama. Respons terhadap AIDS tidak pernah, dan tidak seharusnya bersifat sehala.

“Saya berbesar hati mengumumkan bahawa KKM komited untuk meningkatkan peruntukan dana tambahan sebanyak RM1 juta bermula tahun 2025. "Penambahan ini akan menaikkan peruntukan tahunan untuk dana DHSKP kepada RM8 juta," katanya dalam kenyataan media MAF sempena Majlis Makan Malam Amal 'Red Ribbon Gala', di sini baru-baru ini.

Majlis bersempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Kumpulan Sunway dan Hari AIDS Sedunia itu berjaya mengumpul dana sebanyak RM2.8 juta melalui penajaan dan jualan meja, dengan sumbangan besar daripada Kumpulan Sunway, Yayasan Petronas, KAREX, dan lain-lain.

Turut disampaikan Anugerah Tun Dr Siti Hasmah kepada KOMITED Malaysia, sebuah organisasi berasaskan komuniti yang dipimpin oleh bekas pengguna dadah.

Anugerah ini mengiktiraf usaha luar biasa KOMITED Malaysia menangani isu penyalahgunaan bahan, mencegah HIV, dan menyokong usaha Pembangunan komuniti. KOMITED Malaysia membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, trofi khas, dan Sijil Kecemerlangan.

Sementara itu, Pengerusi MAF, Profesor Datuk Dr Adeeba berkata, sektor korporat kini menjadi rakan penting dalam respons nasional terhadap AIDS dan sumbangan korporat kini merupakan sumber dana kedua terbesar bagi MAF dan MAC (Majlis AIDS Malaysia) selepas KKM.
Artikel Berkaitan:


"Kerjasama ini mengisi jurang kritikal, memastikan sumber sampai kepada komuniti dan individu yang paling memerlukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!