Taktik seludup ubat batuk terkawal terbongkar

Raub (kanan) menunjukkan bit yang digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa.
Raub (kanan) menunjukkan bit yang digunakan bagi mengaburi pihak berkuasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Taktik dua lelaki warga Singapura menggunakan bot rekreasi untuk menyeludup ubat batuk terkawal untuk dijadikan dadah terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 melakukan pemeriksaan di jeti Masai pada jam 6 petang, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, selain dua lelaki warga Singapura berusia 45 dan 50 tahun itu polis turut merampas lima tong yang mengandungi cecair hitam berjumlah 130 liter disyaki ubat batuk terkawal bernilai RM75,150.

Katanya, turut dirampas adalah sebuah bot fiber bernilai RM20,000, enjin bot jenis Mercury (RM20,000), empat telefon bimbit dan satu rangkai kunci bot.

"Tindakan menggunakan bot berkenaan adalah bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

“Siasatan mendapati ubat batuk berkenaan adalah untuk dipasarkan ke negara jiran,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Raub (tengah) pada sidang media berkenaan.
Raub (tengah) pada sidang media berkenaan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bertindak sebagai transporter iaitu mengambil bekalan ubat tersebut daripada pembekal untuk dihantar ke luar negara.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis Nimetazepam, manakala seorang lagi bebas daripada sebarang bahan terlarang.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua suspek 1 direman selama empat hari bermula Khamis hingga Sabtu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 9(1) dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!