Pemandu direman disyaki lakukan seks luar tabii bersama suami majikan

Lelaki berusia 32 tahun (tengah) direman selama lima hari bermula Khamis.
Lelaki berusia 32 tahun (tengah) direman selama lima hari bermula Khamis.
A
A
A

MELAKA - Seorang pemandu lelaki direman lima hari selepas disyaki melakukan seks luar tabii bersama suami majikannya yang merupakan kakitangan kerajaan.

Perintah reman bermula Khamis sehingga Isnin ini dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Nor Syaliati Mohd Sobri sejurus lelaki berusia 32 tahun itu dibawa ke mahkamah pada jam 9 pagi.

Perintah reman ke atas individu itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dan masih bujang dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu bersama suami majikannya berusia 47 tahun di rumahnya di daerah Jasin, kira-kira jam 5 petang, awal Ogos lalu.

Perbuatan jijik itu terbongkar selepas polis menemui rakaman aksi seks luar tabii di dalam telefon bimbit kakitangan kerajaan terbabit.

Suspek ditahan pasukan Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di rumahnya petang Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!