MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan di tujuh negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang melibatkan tujuh negeri sehingga 11 Disember. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang melibatkan tujuh negeri sehingga 11 Disember. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang melibatkan tujuh negeri sehingga 11 Disember.

Hujan berterusan dijangka berlaku di Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah meliputi daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, serta Perak (Hulu Perak) bermula 8 Disember.

Bagi Pahang pula, hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi, mulai 9 Dis.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!