Teresa gesa pulangkan tanah rizab balai polis di Taman Desa

Teresa
Teresa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa kerajaan mengembalikan tanah rizab balai polis di Lot 54780 Taman Desa kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Teresa berkata, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bersetuju tanah rizab itu dijual kepada pihak swasta.

Isu tanah rizab di Taman Desa turut menarik perhatian Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Isu tanah rizab di Taman Desa turut menarik perhatian Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, KDN mempunyai rancangan membangunkan Balai Polis Brickfields di lot tersebut kerana balai sedia ada beroperasi di bangunan sewaan milik premis swasta.

"Saya tidak faham kenapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWPKL) masih meluluskan pemberi milikan Lot 54780 kepada pemaju untuk mendirikan kondominium memandangkan KDN dan PDRM telah menyuarakan keinginan mereka untuk mendirikan balai polis di lot tersebut?

"KDN juga menolak cadangan penggantian dua tanah Lot 51762 dan Lot 51763 untuk digunakan sebagai tapak Balai Polis Danau Desa kerana keluasan tanahnya yang kecil iaitu hanya 0.14 ekar," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Katanya, pertambahan penduduk menguatkan lagi keperluan pembinaan balai polis lebih besar di Taman Desa.

Ujar beliau, mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) setakat 2020 menunjukkan jumlah penduduk di Taman Desa ialah 36,029 orang.

Artikel Berkaitan:

"Di Taman Desa sejak 2018 sehingga kini, terdapat 10 projek pembangunan perumahan yang mempunyai 8,229 unit yang telah diluluskan dan kebanyakan projek akan siap dibina dalam tiga hingga lima tahun akan datang.

"Berdasarkan laporan ini dan jumlah projek pembinaan perumahan yang baru, jumlah penduduk dijangka mencecah 70,000 orang dalam tempoh lima tahun yang akan datang," katanya.

Justeru, katanya, memandangkan transaksi penjualan tanah rizab Lot 54780 tidak dipersetujui oleh KDN dan PDRM, selain peningkatan penduduk yang semakin pesat, beliau minta kerajaan membantu untuk mengembalikan tanah itu agar perancangan balai polis baharu dapat dilaksanakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!