Kanak-kanak disyaki didera ibu kandung masih trauma

Hussein (kanan) melawat kanak-kanak disyaki mangsa dera di Taman Kurnia, Kluang pada Khamis
Hussein (kanan) melawat kanak-kanak disyaki mangsa dera di Taman Kurnia, Kluang pada Khamis
A
A
A

KLUANG - Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang disyaki menjadi mangsa dera ibu kandungnya pada minggu lalu, dilaporkan masih dalam keadaan ketakutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Syed Hussein Syed Abdullah berkongsi keadaan kanak-kanak itu yang kini dijaga oleh bapa saudaranya di Taman Kurnia di sini, pada Khamis.

“Berdasarkan perbualan dan pemerhatian saya keadaan mangsa agak stabil dan kini ditempatkan di rumah bapa saudara.

“Saya juga dapat merasakan kemungkinan mangsa masih trauma. Apa yang telah dilakukan pihak berkenaan termasuk memberikan hak jagaan sementara supaya keadaan selamat," ujarnya.

Selain itu, katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan bantuan kaunseling akan diberikan agar mangsa pulih dan dapat menjalankan aktiviti seharian seperti biasa termasuk bersekolah.

Ditanya mengenai dua lagi adik beradik mangsa kini, Syed Hussien memberitahu mereka berada dalam jagaan keluarga ayah kandung mereka.

Semasa sesi ziarah itu, kanak-kanak malang itu berkata, masih belajar di sekolah lamanya.

Sebelum itu, polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penderaan anak perempuannya yang berusia 10 tahun di Kampung Tengah di sini, pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penahanan suri rumah berusia 32 tahun pada jam 12.15 tengah hari itu susulan laporan dibuat guru besar sekolah mangsa.

Katanya, pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati ada satu kesan lebam di kaki kanan, kesan lecuran di kaki kiri dan kesan di tumbuk di pipi kiri sehingga lebam.

Jelasnya lagu, suspek yang tiada rekod jenayah dibenarkan direman selama enam hari sehingga 8 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2012.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!