Tidak pinggir rakyat terkesan banjir - MB Kelantan

Mohd Nassuruddin (dua dari kanan) melihat jalan yang runtuh kerana arus deras banjir di Tumpat.
Mohd Nassuruddin (dua dari kanan) melihat jalan yang runtuh kerana arus deras banjir di Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Kerajaan Kelantan akan menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata, pihaknya tidak akan meminggirkan rakyat yang terkesan dengan penyaluran bantuan sama ada melalui negeri mahupun agensi persekutuan dalam aspek pengurusan pascabanjir.

Keadaan kemusnahan di Kampung Jubakar, Tumpat.
Keadaan kemusnahan di Kampung Jubakar, Tumpat.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah dan bentuk bantuan yang akan diagihkan.

“Selepas melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, saya segera ke Taman Sri Bayu, Jubakar Pantai dan meninjau lokasi rumah yang runtuh akibat banjir di Kampung Baru Nelayan.

“Melihat sisa runtuhan yang dahulunya menjadi tempat berteduh kini musnah, saya dapat merasai betapa beratnya ujian yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ini yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda mereka,” katanya dalam satu hantaran Facebook rasminya pada Khamis.

Beliau melawat mangsa banjir di PPS SMK Tumpat yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat banjir yang melanda.

Artikel Berkaitan:

Mohd Nassuruddin (dua dari kanan) melihat kanak-kanak di PPS menjalankan aktiviti mewarna.
Mohd Nassuruddin (dua dari kanan) melihat kanak-kanak di PPS menjalankan aktiviti mewarna.

Dalam sesi lawatan tersebut, Mohd Nassuruddin mendengar taklimat daripada Ketua Jajahan Tumpat, Wan Ahmad Suwaidi Zainal Abidin untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai situasi semasa serta langkah-langkah sudah dan sedang diambil bagi menangani keadaan itu.

Menurut Mohd Nassuruddin, kemusnahan jalan runtuh berlaku sepanjang 60 meter akibat arus deras banjir Taman Sri Bayu, Jubakar Pantai.

“Penutupan jalan dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya demi keselamatan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih akan dimulakan dengan kadar segera,” kata beliau.

Mangsa banjir di PPS di Rantau Panjang mendapat rawatan perubatan.
Mangsa banjir di PPS di Rantau Panjang mendapat rawatan perubatan.

Selepas Tumpat, Mohd Nassuruddin juga ke Rantau Panjang dan melawat dua PPS iaitu SK Sri Rantau

Panjang 2 dan SK Gual To' Deh yang menempatkan mangsa banjir terkandas.

Mangsa banjir selainnya dipesan supaya banyakkan bersabar kerana setiap kesusahan yang berlaku Insya-ALLAH akan ada kesenangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!