Perdana Menteri Perancis serah peletakan jawatan

Perdana Menteri Perancis, Michel Barnier. Foto Anadolu Agency
Perdana Menteri Perancis, Michel Barnier. Foto Anadolu Agency
A
A
A

PARIS - Perdana Menteri Perancis, Michel Barnier mengemukakan peletakan jawatannya selepas undi tidak percaya yang berjaya terhadap kerajaan berhaluan tengahnya, menurut sumber dalam kerajaan, lapor agensi berita Jerman dpa.

Presiden Emmanuel Macron, yang semakin tertekan di tengah-tengah kekacauan politik, meminta Barnier untuk kekal memegang jawatan dengan kerajaan beliau berfungsi dalam peranan penjaga, lapor media di Paris.

Macron dijangka membuat kenyataan pada petang ini, yang seharusnya memberikan gambaran hala tuju seterusnya.

Pengunduran diri Barnier dijangka selepas pentadbirannya digulingkan pada Rabu melalui usul tidak percaya yang disokong oleh ahli Parlimen pembangkang sayap kiri dan sayap kanan berikutan pertikaian mengenai belanjawan penjimatan Barnier.

Pergolakan itu telah menjerumuskan antara kuasa politik terbesar Eropah ke dalam kekacauan politik yang lebih mendalam di tengah-tengah cabaran ekonomi besar.

Pilihan raya parlimen baharu tidak boleh diadakan sehingga setahun selepas undian terakhir pada Julai, menurut perlembagaan Perancis.

Ini merupakan kali pertama sebuah kerajaan Perancis digulingkan melalui undian tidak percaya sejak 1962. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!