Peras ugut 'deepfake' ancam Singapura

Pelaku jenayah siber boleh memadankan rupa mangsa dengan individu lain untuk tujuan peras ugut. - Agensi
Pelaku jenayah siber boleh memadankan rupa mangsa dengan individu lain untuk tujuan peras ugut. - Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Pelaku komplot peras ugut teknologi palsu atau 'deepfake' di Singapura berkemungkinan cuba menggugat kestabilan masyarakat di Singapura yang didorong untuk mendapatkan wang, menurut pakar.

Ia ditambah pilihan raya umum yang semakin hampir, pelaku jenayah siber ini mungkin menyasarkan serangan mereka terhadap ahli politik.

Pakar juga memberi amaran bahawa taktik yang dipacu oleh Kecerdasan Buatan (AI) yang sama boleh digunakan oleh pelaku untuk tujuan mengugut.

Baru-baru ini, Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) mendedahkan bahawa lebih 100 pegawai awam daripada lebih 30 badan pemerintah, termasuk menteri Kabinet, telah menerima emel peras ugut.

Kandungan e-mel itu mengandungi imej yang memadankan gambar muka mangsa dengan tangkapan skrin lucah mereka berada dalam keadaan intim.

MDDI dalam kenyataannya juga menyatakan bahawa anggota Majlis Perundangan Hong Kong turut menerima emel yang sama pada awal minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg turut menjadi mangsa 'deepfake' hasil teknologi AI. - Agensi
Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg turut menjadi mangsa 'deepfake' hasil teknologi AI. - Agensi

"Singapura dan Hong Kong adalah dua pulau kecil yang harmoni dan rakyatnya saling percaya satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

"Penjenayah mungkin ingin memanfaatkan kepercayaan ini untuk memeras ugut bagi mendapatkan wang,” kata Profesor Madya Hannah Yee-Fen Lim, pakar undang-undang dan sains komputer dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Penyelidik Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS), Muhammad Faizal Abdul Rahman berkata, pelaku mungkin cuba mengambil kesempatan daripada pilihan raya umum akan datang yang dijangka berlangsung pada November tahun depan.

Katanya, pelaku boleh mengandaikan bahawa dengan pilihan raya semakin hampir, ia akan menjadikan menteri dan pegawai awam lebih cenderung untuk membayar wang ugutan, serta menyelamatkan diri dan institusi mereka daripada merosakkan nama baik dan memalukan", katanya.

Menurut Faizal, kempen peras ugut melalui emel yang menggunakan imej sedemikian dapat diperhatikan pada kes-kes jenayah rentas sempadan.

Tetapi cara yang sama boleh digunakan oleh pelaku bermotif geopolitik yang berniat hajat atau penjenayah siber yang beroperasi untuk menyebarkan maklumat politik yang salah.

Benjamin Ang, yang mengetuai Pusat Kecemerlangan Keselamatan Negara di RSIS, berkata peras ugut adalah sejenis jenayah yang bersifat ‘sangat peribadi’.

"Tiada sesiapa yang mahu imej dirinya wujud, walaupun ia palsu sekalipun," katanya.

Namun, kes sedemikian juga menunjukkan bagaimana kestabilan masyarakat di Singapura boleh tergugat oleh pakatan berskala besar yang dipacu teknologi AI.

Seorang lelaki meniru muka pelakon Hollywood, Tom Cruise menerusi teknik 'deepfake'. - Agensi
Seorang lelaki meniru muka pelakon Hollywood, Tom Cruise menerusi teknik 'deepfake'. - Agensi

Bahaya tenologi AI

Hannah berkata, pihak berluasa perlu memantau rapat kes ‘deepfake’ yang dibimbangi menggugat keselamatan negara.

”Dengan emel digunakan untuk membuat ancaman, pihak berkuasa seharusnya dapat mengesan pelaku dan lokasi mereka,” tambahnya.

Beliau percaya pelaku sebenarnya mungkin ‘kurang mahir komputer’ berbanding mereka yang terlibat dalam komplot peras ugut palsu pada April lalu, yang membabitkan beberapa anggota Parlimen yang menerima gambar palsu dan dihantar melalui pos.

Hannah menegaskan bahawa pada masa awal internet, gelombang aktiviti jenayah atas talian di Australia yang membabitkan perisian hasad (malware) dan penipuan telah menyebabkan alamat emel digugurkan daripada laman web sebagai langkah pencegahan.

Tetapi ini tidak mungkin dilakukan sekarang, memandangkan dunia semakin celik digital dan bagaimana orang ramai perlu berhubung dan boleh dihubungi.

Faizal berpendapat, kompolot sedemikian merupakan satu lagi bukti menunjukkan bagaimana operasi maklumat berniat jahat memanipulasi imej menggunakan peralatan AI. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!