Hussamuddin pemimpin yang mencintai agama, ummah dan negara

Hussamuddin menerima cenderahati pada sambutan 70 Tahun Meniti Usia: Majlis Kesyukuran Legasi Haji Yaacub.
Hussamuddin menerima cenderahati pada sambutan 70 Tahun Meniti Usia: Majlis Kesyukuran Legasi Haji Yaacub.
A
A
A

SHAH ALAM - Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berusaha menjadi pejuang agama menerusi pelbagai program yang dibangunkan di bawah Kumpulan Karangkraf meskipun menyedari beliau juga bukan manusia sempurna untuk berbuat demikian.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff berkata, perkara itu dilihat menerusi cinta dan komitmen beliau untuk agama di WUI, Rasuah Busters dan banyak lagi.

“Sebenarnya bila kita sebut macam dalam surah Al-Saff berkorbanlah dengan harta dan jiwa, Datuk Hussamuddin memang gunakan semua apa yang ada dekat Karangkraf ini dengan harta dan jiwanya bukan untuk setakat baca, faham dan amal al-Quran di Karangkraf bahkan membawa misi gerakan al-Quran di Malaysia serta seluruh dunia.

Marhaini
Marhaini

“Itu yang kini kita telah nampak kesannya. Bayangkan kalau semua syarikat lahir lebih ramai ketua macam beliau yang cintanya kepada agama, ummah dan warga Malaysia itu sendiri sangat besar.

“Dengan apa yang kita ada di Karangkraf ini pun kita dah boleh lakukan sesuatu, apa lagi dengan syarikat-syarikat ataupun organisasi lain sekiranya bergabung membawa gerakan membumikan al-Quran ini,” katanya.

Menurut Marhaini, pesanan beliau mendidik dan mengajar banyak perkara, malah hikmah yang boleh diambil sebenarnya ialah seorang ketua boleh menyentuh ramai orang di Malaysia mahupun seluruh dunia.

“Jika dilihat dari sudut program #QuranHour itu sendiri, ia sudah mencapai 7.44 bilion capaian melalui kempen World #QuranHour yang Datuk gagaskan. Bukan setakat Malaysia tapi seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

Hussamuddin bergambar bersama keluarga ketika sambutan majlis 70 Tahun Meniti Usia: Majlis Kesyukuran Legasi Haji Yaacub di Shah Alam pada Khamis.
Hussamuddin bergambar bersama keluarga ketika sambutan majlis 70 Tahun Meniti Usia: Majlis Kesyukuran Legasi Haji Yaacub di Shah Alam pada Khamis.

“Pesanan beliau paling besar pada kami adalah dia orang yang mengotakan apa yang dikatanya. Karakternya telus, ikhlas. Beliau sangat cintakan perjuangan dakwah, mudah didekati dan speed dalam bertindak dan membawa solusi. Begitu juga dalam mengendalikan Karangkraf dan di akhir usia ini Datuk sudah ke arah al-Quran.

“Jadi kita nampak macam mana perjuangan Datuk Hussamuddin yang saya kira ini harta ataupun aset mahupun amanat yang sangat berharga.

“Hari ini semua content ini kita sampaikan sempena hari lahir Datuk Hussamuddin. Kita doakan akan lahir lebih ramai pejuang agama dalam kalangan pemimpin di pelbagai organisasi seperti yang telah dicontohkan oleh beliau,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!