Banjir: Penduduk di Jeli, Kuala Krai kembali ke PPS

Penduduk setempat melintasi kawasan yang musnah akibat dilanda banjir ketika tinjauan di Kampung Baru Nelayan. Foto Bernama
Penduduk setempat melintasi kawasan yang musnah akibat dilanda banjir ketika tinjauan di Kampung Baru Nelayan. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurang susulan hanya 51 pusat berkenaan masih dibuka berbanding 87 pada semalam.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan kini sebanyak 7,558 keluarga membabitkan 23,388 orang.

Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikemaskini pada jam 8.16 pagi bagaimanapun melaporkan satu PPS dibuka semula di daerah Jeli dan Kuala Krai.

Terkini, portal itu melaporkan seramai empat keluarga membabitkan 19 mangsa di Kampung Kuala Balah berlindung di PPS berikutan hujan lebat malam tadi.

Di Kuala Krai pula, seramai 22 mangsa dengan tujuh keluarga berlindung di PPS.

Tumpat masih menjadi daerah paling ramai setakat ini iaitu 13,879 mangsa membabitkan 4,345 keluarga yang masih tinggal di tujuh PPS.

Sementara itu, seramai 9,468 mangsa banjir di Pasir Mas berada di tujuh PPS dengan jumlah keseluruhan keluarga iaitu 3,202.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang berkata, hujan lebat bermula jam 4 petang hingga 10 malam mengakibatkan kawasan rendah di Kampung Kuala Balah ditenggelami air.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, kesemua mangsa terpaksa dipindahkan kira-kira jam 11 malam dengan bantuan agensi penyelamat yang terlibat.

"Kesemua mangsa sebelum ini sudah empat hari pulang ke rumah tetapi hujan lebat menyebabkan mereka kembali ke PPS," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan di beberapa tempat pada pagi, petang dan malam di seluruh negeri dari 5 hingga 11 Disember.

Jabatan itu turut meramalkan ribut petir di beberapa tempat dengan kelajuan angin antara 20 hingga 30 kilometer (km) perjam manakala ombak setinggi 1.0 hingga 1.5 meter (m)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!