Buka klinik bergerak bantu mangsa banjir

Beberapa doktor turut membuat peperiksaan kesihatan terhadap penduduk yang merupakan mangsa terkesan banjir.
Beberapa doktor turut membuat peperiksaan kesihatan terhadap penduduk yang merupakan mangsa terkesan banjir.
A
A
A

BESUT - Malaysian Relief Agency (MRA) Terengganu telah membuka dua klinik bergerak selama dua hari bermula Jumaat di kawasan sekitar Hulu Besut bagi membantu mangsa banjir di kawasan itu dalam mendapatkan rawatan dan perubatan.

Pengerusi MRA Terengganu, Dr Mohd Ismail Mohd Isa berkata, pihaknya turut mengagihkan bantuan makanan, keperluan asas dan kit kebersihan kepada mangsa banjir di enam kampung termasuk Kampung Belaoh serta Kampung La di Hulu Besut.

Dr Mohd Ismail
Dr Mohd Ismail

"Kita gerakkan doktor dan jururawat untuk merawat penduduk yang mengalami masalah kesihatan termasuk demam dan selesema.

"Kami juga menyantuni mangsa banjir dengan memberi khidmat sokongan sosial iaitu kaunselor dihantar untuk meberi sokongan moral kepada penduduk yang mana kita tahu mereka trauma stres akibat banjir selain berasa penat akibat terpaksa memindahkan pelbagai barangan.

"Selain itu, kita turut memberi penerangan dan kesedaran kepada berhubung pentingnya menjaga kebersihan diri dan elakkan bermain air banjir kerana banjir terdedah dengan pelbagai penyakit seperti jangkitan tanah dan penyakit kulit disebabkan terkena air kotor," katanya.

Dr Mohd Ismail (Kanan) menyantuni mangsa banjir di Kampung Belaoh.
Dr Mohd Ismail (Kanan) menyantuni mangsa banjir di Kampung Belaoh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Belaoh di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Dr Mohd Ismail berkata, seramai 43 sukarelawan turut digerakkan ke kampung tersebut untuk menyampaikan bantuan barangan keperluan asas dan kit kesihatan dengan kekuatan jentera melibatkan 12 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori.

"Selain barangan makanan, kita turut bekalkan panadol kepada mangsa yang terjejas banjir sekurang-kurangnya apabila berlaku bekalan terputus, mereka mempunyai bekalan ubat sekiranya demam ketika banjir berlaku.

"Selain sumbangan daripada rakyat, dana sumbangan ini turut disumbang oleh Permodalam National Berhad (PNB), CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan dana bantuan bencana banjir MRA," jelasnya.

Dr Mohd Ismail (dari kanan) menyampaikan bantuan kepada penduduk yang menjadi mangsa banjir.
Dr Mohd Ismail (dari kanan) menyampaikan bantuan kepada penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Wan Mat Wan Seman, 56, berkata, dia bersyukur kerana dikunjungi oleh pasukan sukarelawan yang bulan sahaja membantu memberi sumbangan barangan makanan dan kit kesihatan malah memeriksa kesihatannya di rumah.

"Saya sekeluarga terharu ada doktor dan pasukan sukarelawan datang ke rumah beri bantuan dan memeriksa kesihatan malah bersyukur dapat rawatan dan bekalan ubat secara percuma.

"Saya berterima kasih atas keprihatinan pasukan sukarelawan yang datang jauh semata-mata nak beri sumbangan pada kami di sini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!