Bank Rakyat raih Anugerah Kecemerlangan ESG 2024

Fadillah (kiri) dan Nor Haimee (tengah) di Majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2024.
Fadillah (kiri) dan Nor Haimee (tengah) di Majlis Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2024.
A
A
A

BANK Rakyat meraih anugerah ‘Kecemerlangan dalam ESG’ menerusi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) 2024 atas prestasi kepimpinan dan kecemerlangan institusi kewangan berkenaan terhadap inisiatif kelestarian alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi dan Menanggung Tugas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaannya, Nor Haimee Zakaria berkata, pengiktirafan tersebut meningkatkan keupayaan dalam menyumbang secara langsung ke arah kesejahteraan alam sekitar dan sosial selaras dengan nilai teras bank.

Menurutnya, penghargaan itu telah mendorong mereka untuk terus berinovasi dalam merancang strategi dan inisiatif baharu bagi membina masa hadapan lebih lestari demi kemakmuran serta kesejahteraan bersama seiring aspirasi Malaysia Madani.

“Anugerah ini mengiktiraf Rangka Kerja dan Polisi Kelestarian Bank sebagai

panduan yang direka bagi memenuhi piawaian tertinggi kelestarian selain memastikan setiap strategi yang dibangunkan dapat menyokong operasi pembangunan sosioekonomi negara, mempercepat peralihan hijau dan mengukuhkan asas dalaman organisasi melalui inisiatif pembangunan kemahiran serta tahap kesediaan warga kerja.

“Kami turut menyediakan pilihan produk dan perkhidmatan pembiayaan hijau patuh syariah kepada masyarakat yang berhasrat untuk mendapatkan kenderaan elektrik, rumah hijau, pembelian serta pemasangan sistem panel solar sebagai inisiatif menggalakkan penggunaan tenaga hijau.

“Sebagai sebuah institusi kewangan, kami sentiasa memastikan amalan ESG dapat diterapkan bukan sahaja dalam memperkasa individu,perniagaan dan komuniti tetapi juga memastikan inisiatif ini dapat memberi impak positif mampan terhadap ekonomi, sosial serta alam sekitar secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!