Pendakwah Gus Miftah umum letak jawatan

Gus Miftah. Foto Agensi
Gus Miftah. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Pendakwah kontroversi, Miftah Maulana Habiburrahman pada Jumaat mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Rakaman tular peniaga air teh dihina sebelum ini. Foto Agensi
Rakaman tular peniaga air teh dihina sebelum ini. Foto Agensi

"Keputusan ini (letak jawatan) dibuat semata-mata kerana rasa cinta, hormat dan tanggungjawab saya yang sangat mendalam kepada bapak presiden (Prabowo).

"Tindakan ini bukan langkah terakhir saya untuk berkhidmat kepada negara melainkan cara yang lebih luas," katanya menerusi siaran langsung yang disiarkan CNN Indonesia pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Prabowo di atas kesempatan yang diberikan kepadanya selama ini.

"Minta maaf bapak, saya belum jadi seperti yang diharapkan," katanya lagi.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan Miftah Maulana Habiburrahman atau dikenali sebagai Gus Miftah mempersendakan dan menghina seorang penjual air teh. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!