[VIDEO] RUU Majlis Media dibentang minggu depan
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC) akan dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diluluskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
"Sekiranya ada masa ia akan dibahas dan dibuat bacaan kedua dalam mesyuarat kali ini.
"Jika tidak, ia telah disenaraikan untuk dibahas dalam mesyuarat yang akan datang," katanya menerusi sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet, di sini.
Penubuhan MMC adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.
Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!