'Lima tahun berjuang, akhirnya dapat sekolah baharu'

William (tiga, kiri) membuat tinjauan di tapak pembinaan sekolah baharu, SMK Tasik Puteri 2 bersama pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.
William (tiga, kiri) membuat tinjauan di tapak pembinaan sekolah baharu, SMK Tasik Puteri 2 bersama pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.
A
A
A

SELAYANG - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasik Puteri 2 kini dalam fasa memulakan pembinaan dijangka bermula pada tahun hadapan.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menyatakan perkara itu berkata, pembinaan sekolah baharu itu akan dapat membantu menangani isu sekolah padat di kawasan Bandar Tasik Puteri, Rawang.

William (kanan) membuat tinjauan kerja baik pulih cerun di SK Tasik Puteri 2 yang siap sepenuhnya selepas runtuh pada awal tahun ini.
William (kanan) membuat tinjauan kerja baik pulih cerun di SK Tasik Puteri 2 yang siap sepenuhnya selepas runtuh pada awal tahun ini.

"Ini adalah berita baik yang kita nanti-nantikan dalam tempoh yang agak panjang khususnya bagi penduduk di Bandar Tasik Puteri, mereka memohon agar dapat dibina sebuah sekolah yang baharu.

"Sebuah sekolah yang sedia ada sudah sangat padat, dan ada sekolah terpaksa menggunakan kabin. Kabin juga sudah uzur dan kita membuat permohonan untuk bajet pembinaan sekolah baharu ini.

"Walaupun permohonan mengambil masa lima tahun lamanya namun penduduk dan pihak Parlimen Selayang tetap tidak berputus asa dan akhirnya permohonan sekolah baharu ini diluluskan," ujarnya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan kerja baik pulih cerun di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasik Puteri 2 yang siap sepenuhnya selepas runtuh pada awal tahun ini susulan hujan lebat melanda.

William mengulas lanjut berkata, pembinaan sekolah baharu SMK Tasik Puteri 2 itu adalah antara satu daripada 44 buah sekolah yang akan dibina oleh kerajaan di dalam Belanjawan 2025.

Artikel Berkaitan:

'Tapak sekolah ada di sini, berhampiran SK Tasik Puteri 2, luas kawasan itu sekitar dua hektar namun maklumat terperinci tentang pelan dan kos masih belum dimaklumkan walaupun sudah diluluskan," tambahnya.

Sementara itu, mengenai kerja kerja baik pulih cerun runtuh di SK Tasik Puteri 2, jelasnya, cerun dalam kawasan sekolah itu runtuh susulan kejadian ribut disusuli hujan lebat pada awal tahun ini.

"Projek ini siap sepenuhnya selepas dua bulan dibina bermula sekitar September lalu apabila peruntukan berjumlah lebih RM83,000 diluluskan dan kini kawasan terbabit selamat bagi murid-murid," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!