Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Ahmad Shapawi ketika dihubungi Bernama pada Jumaat, mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan pencalonannya dicadangkan oleh ahli gabungan MPM iaitu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Kanu Malaysia (PKM).
"Saya bertanding untuk jawatan Presiden MPM sebagai satu pasukan sebab ada permintaan daripada ahli gabungan yang merestui hasrat ini.
"Saya juga mahu melakukan perubahan dalam kepimpinan MPM itu sendiri,” katanya.
Ahmad Shapawi dikaitkan dengan perebutan kerusi panas Presiden MPM pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 14 Disember ini.
Penyandang Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dijangka bertanding untuk mengekalkan jawatannya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!