Restoran guna peralatan unsur komunis untuk tarik pelanggan warga China - KPN

Antara peralatan hidangan berunsur komunis yang dipercayai digunakan restoran terletak di Bandar Botanic, Klang.
Antara peralatan hidangan berunsur komunis yang dipercayai digunakan restoran terletak di Bandar Botanic, Klang.
A
A
A

SHAH ALAM - Strategi pemasaran untuk tarik pelanggan warga China merasai suasana kampung halaman mereka dipercayai motif sebuah restoran menggunakan peralatan hidangan makanan dan minuman berunsurkan komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan mendapati peralatan berunsur komunis tersebut dibeli oleh kenalan lelaki suspek yang merupakan warga China dan kini berada di negara asalnya.

Tan Sri Razarudin Husain
Tan Sri Razarudin Husain

“Barangan itu telah dibeli secara dalam talian oleh kenalan suspek.

“Kesemua barangan yang berunsurkan komunis itu dipercayai digunakan semenjak pembukaan restoran itu,” katanya pada Jumaat.

Razarudin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini tangkapan hanya membabitkan seorang individu iaitu pemilik restoran terbabit yang juga warga tempatan.

Katanya, selain itu, semakan juga didapati lesen restoran milik suspek adalah sah.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan sebuah restoran di Bandar Botanic, Klang di Selangor diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan selepas dikatakan menggunakan peralatan makanan bagi mempromosikan agenda komunis.

Artikel Berkaitan:

Polis kemudian menahan pemilik restoran iaitu lelaki berusia 20 tahun.

Serbuan dilakukan selepas satu laporan polis diterima berhubung sebuah video yang diambil dari pautan YouTube atas akaun ‘Luiswong90’ mengenai sebuah kedai makan berunsurkan komunis.

Dalam paparan video tersebut terlihat beberapa peralatan makanan seperti teko, mangkuk dan gelas di kedai tersebut berunsurkan agenda komunis dengan cara cetakan imej propaganda dan slogan komunisme pada setiap barangan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

End..

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!