Siling, bumbung sekolah runtuh, kerajaan negeri salur bantuan segera

Papparaidu (kiri) membuat tinjauan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Batu Ampat, Klang pada Jumaat.
Papparaidu (kiri) membuat tinjauan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Batu Ampat, Klang pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera bagi membaik pulih kerosakan struktur siling dan bumbung di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Batu Ampat, Klang.

Perkara itu dinyatakan Exco Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan dan Hal Ehwal Orang Asal dan Minoriti, V Papparaidu susulan lawatannya ke sekolah berkenaan pada Jumaat.

"Kejadian siling runtuh berlaku di sekolah itu hari ini dan amat membimbangkan. Saya segera turun untuk melihat sendiri keadaan dilaporkan. Ternyata amat membahayakan.

"Setelah berbincang dengan pentadbiran sekolah dan keadaan yang amat mendesak, saya bersetuju untuk meluluskan peruntukan kerajaan negeri bagi membaiki sepenuhnya kerosakan.

"Peruntukan itu untuk membaik-pulih struktur siling dan bumbung yang runtuh dan kelengkapan pembelajaran yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah peruntukan disalurkan namun berterima kasih kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Ahmad Lutfi Mohamed Yazid yang turut hadir ketika tinjauan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!