Iran lancar satelit Fakhr-1, catat rekod baharu kapasiti muatan

Satelit Fakhr-1 milik Tentera Iran dilancarkan menggunakan pengangkut Simorgh dan berjaya ditempatkan di orbit. Foto IRNA
Satelit Fakhr-1 milik Tentera Iran dilancarkan menggunakan pengangkut Simorgh dan berjaya ditempatkan di orbit. Foto IRNA
A
A
A

TEHERAN - Satelit Fakhr-1 milik Tentera Iran dilancarkan menggunakan pengangkut Simorgh dan berjaya ditempatkan di orbit, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Kejayaan pemindahan blok Fakhr-1 dan Saman-1 ke orbit dengan berat keseluruhan 300 kg mencipta rekod baharu bagi Iran dalam mengangkat muatan, lapor pejabat perhubungan awam Tentera Darat pada Jumaat.

Selepas berada di orbit, Fakhr-1 menghantar isyarat pertamanya ke bumi.

Simorgh ialah satu-satunya pembawa satelit canggih di Iran yang digunakan untuk memindahkan satelit ke orbit altitud tinggi.

Pada awal November, Iran berjaya melancarkan dua satelit buatan tempatan dan menerima isyarat yang menunjukkan ia berada di orbit dengan sempurna. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!