Gara-gara talkum disangka dadah, pemuda dipenjara 21 hari

Polis mengesyaki suspek membawa dadah, tetapi sebenarnya bedak talkum. - Agensi
Polis mengesyaki suspek membawa dadah, tetapi sebenarnya bedak talkum. - Agensi
A
A
A

BUENOS AIRES - Tindakan seorang lelaki membawa bedak talkum dalam sebuah beg membawa padah apabila dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama 21 hari selepas polis menyangkakan dia menyembunyikan dadah.

Semasa kejadian, Maximiliano Acosta menaiki bas di bandar Mendoza menuju ke ibu negara Argentina, Buenos Aires.

Dalam perjalanan tersebut, bas dinaikinya ditahan sepasukan polis yang sedang melakukan operasi rutin sekatan jalan raya di La Paz.

Selepas memeriksa semua beg penumpang, mereka mendapati beg dibawa Acosta mengandungi 18 botol bedak talkum dan menyoal mengenai bahan berkenaan.

Namun, polis yang mengesyaki terdapat dadah disembunyikan dalam botol itu menahan Acosta walaupun diberitahu bahawa ia sebenarnya bedak.

Kebetulan pada masa sama, polis menemui dadah jenis lain seberat 2 kilogram dan kokain 444 gram dari penumpang bas sama.

Akibatnya, Acosta dimasukkan ke dalam penjara tanpa siasatan lanjut dan tanpa memaklumkan kepada keluarganya.

Dia ditahan reman selama 21 hari sehingga keputusan ujian kedua yang mendapati bahan putih itu bukannya heroin tetapi bedak talkum. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!