Empat maut selepas dua lori bertembung di Cameroon
YAOUNDE - Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori awal pagi Jumaat di Wilayah Tengah Cameroon, menurut polis tempatan.
Nahas berlaku di bandar Ayos, Divisyen Nyong dan Mfoumou, lapor Xinhua.
Polis memaklumkan bahawa sebuah lori yang membawa barangan cuba mengelak sebuah motosikal lalu bertembung dengan sebuah lori kontena.
Mangsa yang terkorban dan cedera telah dibawa ke hospital berhampiran, sementara siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan, kata pihak polis.
Kira-kira 1,500 orang maut akibat kemalangan jalan raya setiap tahun di negara Afrika Tengah itu, menurut Kementerian Pengangkutan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!