Remaja maut motosikal terbabas langgar besi penghadang

Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang pada Sabtu. Foto PDRM
Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang pada Sabtu. Foto PDRM
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar besi penghadang di sebelah kiri bahu jalan di Jalan Kilometer 3 Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Sabtu.

Dalan kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS 150 dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

"Setiba di lokasi, semasa mahu melalui selekoh ke kanan, mangsa telah terbabas dan kemudian melanggar besi penghadang.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!