Mayat lelaki ditemui tertiarap dalam parit

Mayat seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan luka di bahagian muka dan kepala di kawasan parit di Pandan Mewah pada Jumaat. Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan luka di bahagian muka dan kepala di kawasan parit di Pandan Mewah pada Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG JAYA - Mayat seorang lelaki tempatan ditemukan dalam keadaan luka di bahagian muka dan kepala di kawasan parit di Pandan Mewah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan kejadian berkaitan penemuan mayat itu dibuat orang awam kira-kira jam 11.55 pagi.

"Siasatan mendapati mayat terbabit merupakan seorang lelaki tempatan berumur 58 tahun serta didapati dalam keadaan tertiarap di parit berkenaan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Unit Forensik PDRM Bukit Aman mendapati terdapat kesan luka di bahagian muka dan kepala mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mayat berkenaan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

"Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan berita:

  • Penemuan Mayat: Mayat lelaki tempatan ditemui tertiarap dalam parit di Pandan Mewah pada Jumaat.
  • Maklumat Mangsa: Lelaki berusia 58 tahun, dengan luka di muka dan kepala.
  • Laporan Penemuan: Orang awam membuat laporan kira-kira jam 11.55 pagi.
  • Pemeriksaan Forensik: Unit Forensik PDRM mendapati kesan luka di muka dan kepala mangsa.
  • Bedah Siasat: Mayat dihantar ke HUKM untuk bedah siasat.
  • Siasatan: Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR), siasatan lanjut sedang dijalankan.
Dijana oleh AI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!